Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Muhammad Ibrahim berkata, dari segi penawaran, pertumbuhan yang lebih baik ini didorong terutama oleh sektor pertanian yang kembali pulih dan pertumbuhan lebih tinggi dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Katanya, bagaimanapun, inflasi secara keseluruhan meningkat kepada 4.3 peratus disebabkan harga bahan api yang lebih tinggi.

“Secara dasarnya, ekonomi negara dijangka kekal di atas landasan untuk mencatat pertumbuhan lebih tinggi tahun ini dengan permintaan dalam negeri diunjur terus berkembang.

“Eksport juga dijangka meraih manfaat daripada pertumbuhan global yang bertambah baik dan dalam masa, inflasi akan menurun pada suku kedua dan seterusnya walaupun mencatat peningkatan pada suku pertama,” katanya dalam sidang akhbar Prestasi Ekonomi pada Suku Pertama 2017 di sini hari ini.

resource: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/ekonomi-malaysia-berkembang-5-6-peratus-suku-pertama-2017-1.483369