BABB & KUALA LUMPUR AGIH MAKANAN BERBUKA PUASA KEPADA PEMANDU-PEMANDU TEKSI SEKITAR KLCC.
KUALA LUMPUR 26 JUN: Program agihan makanan berbuka puasa telah berlangsung sekitar 6 hingga 7 petang. Sebanyak 300 bungkus makanan telah diagihkan kepada pemandu-pemandu teksi sekitar KLCC. Pengerusi Biro Aduan Bukit Bintang & Kuala Lumpur, Dato Shamsubahrin Ismail turut sama mengagihkan makanan berbuka puasa kepada pemandu-pemandu teksi di sekitar KLCC.
“Pada hari pertama agihan makanan sehingga harini ini, sambutan amat mengalakkan. Pada hari ini agihan makanan kepada pemandu-pemandu teksi bagi menghargai perkhidmatan mereka kepada orang ramai. Dalam masa yang sama, saya berharap sedikit sebanyak dapat membantu mereka dengan memberikan sumbangan ini”, jelas Dato Shamsubahrin Ismail. ... See MoreSee Less
3 years ago ·
Aduan Biro Bukit Bintang Kuala Lumpur added 20 new photos — at KLCC. ... See MoreSee Less
3 years ago ·
Agihan Makanan Berpuasa Puasa Biro Aduan Bukit Bintang & Kuala Lumpur Disambut Meriah!
KUALA LUMPUR ,24 JUN : Pada hari kedua pengagihan makanan berbuka puasa di sekitar KLCC berjalan lancar dan mendapat sambutan yang sangat meriah.
“Semoga bantuan ini dapat memberikan sedikit keringanan kepada orang ramai terutamanya golongan asnaf dan fakir miskin dalam menghadapi bulan Ramadhan ini. Di samping dapat membuka minda masyarakat agar sama-sama dalam memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan”, jelas Dato Shamsubahrin Ismail.
Program agihan makanan telah berlangsung sekitar jam 5:30 hingga 6 petang. Sebanyak 300 bungkus makanan telah diedarkan. Pengerusi Biro Aduan Bukit Bintang & Kuala Lumpur, Dato Shamsubahrin Ismail turut serta turun padang bagi mengedarkan makanan berbuka puasa kepada orang ramai. “Bagi saya, kerja amal seperti ini perlu dijadikan salah satu program syarikat tahunan. Hal ini bagi menanam sikap prihatin antara satu sama lain”, tambahnya lagi. ... See MoreSee Less
3 years ago ·