KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, malam tadi.

Unit Komunikasi Korporat IJN dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata Tun Mahathir mengalami jangkitan di dada susulan batuk.

“Pada masa ini, Dr Mahathir ditempatkan di wad umum. Beliau akan diwad selama beberapa hari bagi rawatan dan pemantauan,” menurut kenyataan itu.

Hanya anggota keluarga terdekat dibenarkan melawat Tun Mahathir.

Sementara itu, anak kepada bekas Perdana Menteri itu, Marina Mahathir dalam satu twit di akaun Twitter miliknya memberitahu, Dr. Mahathir berada dalam keadaan baik.

“Pagi tadi sempat melawat ayah. Beliau (Dr Mahathir) dalam keadaan baik, hanya memerlukan rehat. Beliau akan kembali ‘beraksi’,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here