Untung ker buat uber? Catatan dari saudara Muhammad Musoddiq Bin Jaafar.

‘Setakat ni,adalah dalam 5 orang dah bertanya aku mengenai untung tak buat Grab/Uber nie’.Dapat berapa buat Grab/Uber?

Oleh kerana aku ni orang yang sangat detail dalam bekerja,aku ada buat kira-kira berapa kos dan profit yang diperolehi.

Data ni untuk aku yang cuma bekerja 3 jam sehari bermula 7-10 pagi atau 6.30 – 9.30 pagi dan cuma 5 hari seminggu.Dan aku pastikan minimum collection aku dalam RM 50 sehari.

UNTUNG KE BUAT UBER DAN GRAB CAR NIE ?

Setiap kali start Grab/Uber,aku akan reset travel distance A di dashboard meter dan calculate berapa kilometer yang aku lalui termasuk cari rider,cari tandas,sesat,dan balik semula ke UM pada paginya.Kemudian aku akan tambah 10km untuk jammed dan menunggu.Kalau diikutkan efficiency kereta kami dalam 13-14km/liter.Tetapi aku saja rendahkan kepada 10km/liter.Jadi,kira sahajalah berapa km yang dah dilalui hari itu,darab sahaja dengan harga minyak terkini.Kemudian aku akan kira tol + basuh kereta+ kos tambahan (parking+beli air+lain-lain).

Kiraan komisen Uber dan Grab

  1. Jadi daripada experience aku secara statistik bulanan untuk 2 bulan,total collection daripada penumpang kepada kau,20-25% adalah komisen kepada Grab/Uber.20-30% adalah kos perjalanan seperti minyak,tol dan lain-lain.Tetapi cost ini akan sentiasa fluctuate setiap minggu mengikut harga minyak yang turun naik.Jika mencecah RM 2.30 maka kos perjalanan boleh meningkat sehingga 30%.
  2. Kiranya kos untuk kau bekerja lebih kurang dalam 50% dan 10% daripada total collection adalah untuk maintenance,biasanya Rm150-RM200 sekali servis untuk tukar minyak(semi sintetik).
  3. Konklusifnya,jika kau dapat RM10 untuk satu perjalanan,secara puratanya RM 2 akan kepada komisen,Rm2 hingga RM 3 untuk kos,dan RM 1.50 untuk maintenance.Kau untung dalam RM4 hingga RM 5.

Untuk pengetahuan semua,Uber dan Grab masing-masing ada intensif yang mereka lancarkan.
Contoh Grab menawarkan tambang tetap RM 30 hingga RM 35 untuk satu perjalanan pada waktu puncak.Biasanya intensif ini boleh menjana pendapatan dalam RM 70 hingga Rm 150 seminggu.Tetapi hanyalah yang memiliki rating 4.7 bintang dan keatas sahaja.

Manakala Uber, jika anada complete 21 perjalanan uber akan bayar RM 65 dan jika perjalanan mencapai 54 kali anda akan dapat RM 165.

Jadi bagi anda yang konsisten 3 jam sehari dan minimum Rm 50 dalam seminnggu 5 kali.Anda boleh dapat RM 600 sebulan bersih setelah ditolak kos yang dinyatakan diatas( tidak termasuk kos breakdown,kerosakan kecil dan kerosakan lain).

Sumber: Muhammad Musoddiq bin Jaafar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here