Jumlah pelancong dari china akan terus meningkat dan dianggarkan akan mencecah
tiga juta orang tanpa perlu memohon visa perjalanan untuk memasuki negara ini.

Menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelancong China akan tetap
didaftarkan ketika memasuki negara ini untuk pelbagai tujuan, meskipun mereka tidak
perlu memohon visa perjalanan.

Tambahan lagi, permintaan khas itu disuarakan Kerajaan China dalam memastikan setiap rakyatnya menetap di Malaysia mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa malaysia memastikan setiap pelancong china yang
datang ke negara ini akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa china, kerana rakyat mereka hanya dibenarkan berada di malaysia selama lima belas hari
dan selepas tempoh itu tamat, mereka harus pulang ke negara asal.

Kemudahan permohonan visa eletronik (e-Visa) secara dalam talian dan mencetak
sendiri dalam tempoh empat puluh hari dapat meningkatan 26 peratus kehadiran
pelancong china berbanding tahun lalu dan telah mencatatkan rekod baharu.

Bagi tahun ini dan juga tahun sebelumnya, malaysia telah mengeluarkan sebanyak
734 ribu 364 visa. 406 ribu 750 visa dicatatkan pada tahun 2017 manakala 68 ribu
815 untuk tahun ini.

Bukan itu sahaja, malah malaysia turut membuka pelbagai inisiatif lain antaranya ialah
penerbangan terus dari malaysia ke china serta memperkenalkan perkhidmatan pembayaran mudah alih Alipay bagi menarik pelancong china ke negara ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Selain itu, China juga berjanji untuk terus menyediakan perkhidmatan visa yang lebih
mudah kepada usahawan Malaysia menjalankan perniagaan di China.

Walaubagaimanapun, aspek mekanisme pemantauan setiap kemasukan pelancong
asing perlu melalui Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS), seiring usaha kerajaan mengukuhkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk
negara.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here