“Bapa berita palsu” itu adalah gelaran yang diberikan kepada Dr Mahathir Mohamad bekas Perdana Menteri Malaysia yang mana Gelaran itu diberikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Datuk Nur Jazlan memberitahu kepada pemberita bahawa Dr Mahathir berterusan menyalahkan kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung isu pendaftaran parti Bersatu.

Datuk Nur Jazlan berkata, Dr Mahathir harus ingat apa yang meyebabkan Umno diisytiharkan sebagai haram pada tahun 1988 ketika memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menter Rumah dan juga sebagai Presiden Umno.

Banyak berita palsu dan juga beliau mengatakan bahawa ROS bersikap bias dan sebagainya. Menurut Nur jazlan, Dr Mahathir sebenarnya lupa apa yang telah dilakukannya kira-kira 30 tahun lalu

Dr Mahathir telah menyebabkan Umno diisytiharkan haram dan dibubarkan selepas parti gagal mematuhi perlembagaannya dan akta pertubuhan. Datuk Nur jazlan berkata lagi, perkara yang sama berlaku kepada bersatu, yang menyebabkan ia tidak dapat didaftarkan kerana RoS telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli.

Datuk Nur Jazlan memberitahu Dr Mahathir agar tidak campur tangan dalam proses perundangan dan mengingati perniagaan partinya sendiri dan bukannya Umno.

ROS mengancam untuk tidak meluluskan pendaftaran Bersatu berhubung isu pemilihan parti. Baru-baru ini permintaan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti melebihi 18 bulan yang dibenarkan dalam perlembagaan parti di luluskan.

Selain daripada itu, Datuk shamsubahrin berkata, beliau amat menyokong penuh kenyataan Datuk Nur Jazlan yang mana Dr Mahathir seharusnya menjaga dan membetulkan keadaan partinya sendiri terhadap undang-undang serta ROS malah tidak menyebarkan berita-berita palsu atau berita yang kurang tepat kerana mampu mengelirukan rakyat. Ini adalah politik yang tidak sihat yang telah dimainkan oleh Dr Mahathir.

Tambahan lagi, Tengku Adnan juga berkata, negara ini mempunyai undangundang, ikut undang-undang malah Tengku Adnan turut memberi peringatan kepada Dr Mahathir yang beliau harus mengawasi partinya sendiri kerana ROS mempunyai alasan terhadap setiap keputusannya.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here