Jika sebelum ini BN-UMNO Johor sentiasa menganggap negeri itu merupakan kubu kuat parti mereka, namun hasil kajian baru-baru ini mendapati 51 peratus responden mahukan parti lain untuk mentadbir negeri tersebut.

Dapatan kajian tersebut juga turut mengambil kira pandangan yang menyeluruh dalam kalangan pengundi di bandar dan luar bandar.

Pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Dato’ Shamsubahrin berkata, PRU 14 bakal menjadi noktah akhir untuk perjalanan politik ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad apabila kedudukannya di negeri itu sudah berada di luar zon selesa yang didudukinya selama ini.

Perkara ini juga jelas dapat dilihat melalui kemerosotan undian ahli parlimen itu selama dua penggal berturut-turut yang menunjukkan pengundi sudah mula hilang kepercayaan terhadap beliau.

Dato’ Shamsubahrin turut menyifatkan sokongan kuat ahli parlimen itu terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB turut menunjukkan kleptorasi yang cuba ditutupi dengan janji manis terhadap rakyat.

Walhal sebelum ini Tan Sri Shahrir pernah mengeluarkan kenyataan untuk bersara dalam dunia politik, namun beliau membuat pusingan u-turn untuk tetap bertanding dalam PRU 14, malah diberikan mandat oleh perdana menteri untuk memegang jawatan Pengerusi FELDA.

Bagaimanapun beliau perlu sedar, rakyat kini lebih bijak untuk menilai kredibiliti dan keupayaan pemimpin mereka, apatah lagi apabila Ahli Parlimen Johor Bahru itu terus-terusan membela perdana menteri yang bergelumang dengan pelbagai kontroversi sekaligus menyebabkan rakyat muak dengan tindakannya itu.

Ujar Dato’ Shamsubahrin lagi, kelemahan beliau dalam mengendali permasalahan dalam FELDA juga menjadi salah satu faktor terbesar menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan beliau semakin menipis.

Mungkin sudah senipis kulit bawang?

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here