Thursday, September 20, 2018
Home 2018 Teksi Elektrik Warnai Kuala Lumpur Menjelang 2020

Teksi Elektrik Warnai Kuala Lumpur Menjelang 2020

48
0
KUALA LUMPUR 25 April – Sistem pengangkutan awam darat negara bakal diwarnai perkhidmatan teksi EV yang menggunakan kuasa elektrik, iaitu yang pertama di dunia dunia untuk pemanduan sebelah kanan.

Big Blue Taxi Facilities (Big Blue) dengan kerjasama Fieldman EV Sdn Bhd mengambil inisiatif melakukan kelainan dalam sektor perkhidmatan teksi Malaysia dengan menyampaikan 20,000 unit teksi elektrik kepada pemandu teksi berdaftar di bawah Big Blue sekitar Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada tahun 2020.

Pengasas dan Penasihat Perkhidmatan Big Blue Datuk Shamsubahrin Ismail berkata dua orang pakar mengenai enjin dari China telah tiba hari ini untuk mengkaji tentang keperluan kereta elektrik (EV) yang bakal digunakan serta akan disuaipadankan dengan keadaan jalan, persekitaran dan suhu di negara ini.

“Keistimewaan teksi elektrik ini, ia mempunyai ciri unik seperti teksi ikonik di London (teksi hitam) yang sekaligus dapat mencipta kemodenan kepada perkhidmatan teksi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan pelaburan sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk menjayakan projek itu selain menggunakan geran kerajaan untuk pemandu teksi yang berdaftar di bawah Big Blue.

“Big Blue memperkenalkan teksi elektrik ini selepas mengambil kira harga minyak pada waktu ini yang semakin tinggi serta penggunaan NGV pula yang sering mengalami pelbagai masalah yang menyukarkan pemandu teksi,” katanya.

EV adalah kenderaan mesra alam dan menggunakan sepenuhnya kuasa elektrik.

Shamsubahrin berkata teksi elektrik itu akan dikuasakan oleh motor berkelajuan tinggi yang boleh mencapai kelajuan sehingga 140 kilometer sejam (kmsj).

Kenderaan itu mampu bergerak sejauh 400 kilometer (km) dengan sekali cas dan akan dilengkapi kemudahan istimewa bagi memberi keselesaan kepada pemandu dan penumpang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/teksi-elektrik-warnai-kuala-lumpur-menjelang-2020-1.658055#ixzz5DxF14YTW
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here