Potong Gambar mahathir adalah perkara yang tidak berasas. Apa yang menjadi tanda tanya adalah mengapa gambar tun dr mahathir tidak boleh digunakan untuk berkempen sedangkan beliau juga salah seorang calon yang bakal bertanding. Peraturan yang dikeluarkan oleh pihak SPR nampak seperti berat sebelah.

Selain itu papan tanda yang mempunyai gambar Tun M telah dipasang sewaktu sebelum pilihan raya. Dimanakah demokrasi yang di alu-alukan oleh SPR dan kerajaan yang mana ini menandakan kerajaan takut dengan kemunculan Tun M dalam arena politik pada hari ini di dalam GE 14.

Pada pandangan Datuk Shamsubahrin, pemotongan dan pembuangan gambar-gambar Dr Mahathir di serata malaysia oleh pihak SPR merupakan satu tindakan yang tidak berdemokrasi dan tindakan ini membuktikan bahawa BN dalam ketakutan dan kerajaan di bawah Datuk seri Najib yang telah memberi sokongan padu supaya SPR menurunkan gambar-gambar Tun Dr Mhathir. Perkara ini pertama kali terjadi selepas Malaysia merdeka, yang mana gambar bakal perdana menteri di potong dan di buang daripada papan tanda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here