Tiga pemimpin veteran dan bekas menteri iaitu Tan Sri Rais Yatim, Tun Daim dan Tan Sri Rafidah Aziz dipecat oleh UMNO.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor,Setiausaha agung Umno mengesahkan bahawa beliau mengeluarkan arahan untuk menamatkan keahlian mereka semalam.

Beliau memberitahu bahawa beliau telah menandatangani surat penganguran keahlian tiga pemimpin veteren itu sewaktu berada di pejabat umno. beliau turut memberi komen dengan mengatakan bahawa sebagai veteren unmo, mereka tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila memberi ceramah di atas pentas pembangkang.

Tengku Adnan berkata lagi, beliau tidak bertindak berdasarkan hanya dari penyampai sebaliknya sudah memperoleh bukti yang berbentuk bergambar. Ketiga-tiga veteran itu sejak kebelakangan ini didakwa semakin lantang mengkritik Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta menyokong Pengerusi Pakatan Harapan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tan Sri Rais Yatim memberi amaran terhadap Umno daripada veteran dalam dunia politik tanah air yang mana rakyat akan membuat pertukaran kerajaan semasa pru 14. Rakyat Malaysia sudah mula merasa kurang senang terhadap pemimpin-pemimpin atasan Barisan Nasional terutamanya daripada Umno. Tan Sri Rais Yatim juga mengatakan bahawa mereja tidak hairan dipecat dari Umno bagi membina, mempelihara dan membela rakyat Malaysia.

selain daripada itu, Tan Sri Rafidah aziz dan juga Tun Daim tidak kisah apabila dipecat daripada Umno. kesemua veteren ini tidak mahu bersekongkol dan dilabel sebagai pemimpin yang mengikuti pemimpin yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul malah memgkhianati rakyat dan juga negara. Bagi mereka tindakan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengeluarkan dan melucutkan jawatan mereka dari Umno adalah perkara yang betul malah mereka menunggu perkata seperti ini terjadi.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here