Rakyat Malaysia seharusnya Mengundi untuk membuat perubahan yang lebih baik pada PRU 14 ini tanpa rasa takut kepada mereka yang berkuasa, kata bekas majlis tertinggi Umno, Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar. Syed Hamid berkata bahawa beliau yakin bahawa kebanyakan mereka telah menemui bahagian mereka yang saksama daripada hadia serta iklan sewaktu kempen yang mewah dan menakutkan menjelang pemilihan pemimpin negara.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk tidak terjatuh ke dalam perangkap yang sama seperti pru-pru lalu dan beliau juga ingin rakyat malaysia membuat perubahan kepada Malaysia agar lebih baik dari waktu ini. Malah beliau berkata jika beliau seorang sahaja yang mengundi untuk membuat perubahan ianya tidak akan memberi kesan. beliau juga meminta agar rakyat mengundi dengan hati nurani dan ikhlas.

Tambahan lagi, beliau berkata undilah orang yang mempunyai integriti, penghormatan, ketelusan, akauntabiliti dan mereka yang rajin dan boleh dipercayai, supaya kualiti ini dapat dirumuskan dalam kerajaan yang mereka wakili.

selain itu, beliau menambah bahawa demokrasi adalah mengenai kebebasan untuk memilih sesiapa pengundi yang merasa mampu menterjemahkan aspirasi mereka ke dalam tindakan, dan bukan sekadar kempen janji, slogan dan manifesto. Malah walaupun kita harus menghormati mereka yang berkuasa, kita tidak perlu takut kepada mereka. Berfikir dengan cermat masa depan dan ketahui bahawa apa-apa keputusan yang anda buat pada 9 Mei bukan sahaja akan menjejaskan lima tahun akan datang, ia akan menjadi prioritinya untuk tahun yang akan datang.

Datuk Shamsubahrin mengulas berkenaan kenyataan Tan Sri Syed Hamid yang mana beliau bersetuju dan menyokong terhadap kenyataan ini. ini kerana Malaysia dan Rakyat perlukan perubahan malah beliau bersyukur kerana Tan Sri Hamid mula sedar berkenaan dengan BN dan Umno serta kerajaan. Datuk Shamsubahrin juga mengucakpakan terima kasih kerana menyokong untuk merubah kerajaan bagi mengubah masa depan negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here