Kehadiran Tun Dr Mahathri di kelantan baru-baru ini adalah untuk menziarahi pusara bekas Mursyidul am Pas iaitu arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namun dihalang yang mana Tun M tidak dibenarkan masuk oleh ahli keluarga beliau atas sebab di anggap pelik. sebelum ini Tun M menziarah kubur Arwah Fadzil Noor yang ditemani oleh anak Arwah fadzli noor. Tambahan lagi, Tun M berkali-kali memohon kemaafan daripada anak dan keluarga arwah Fadli Noor.

Dalam pada itu, Md Alwi berkata sepatutnya Tun Mahathir terlebih dahulu menziarahi pusara bekas perdana menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra A-Haj kerana sepanjang hayat Tunku, Tun Mahathir adalah antara penentang utama pentadbiran Almarhum.

Datuk Shamsubahrin berkata, islam tidak melarang mana-mana pihak yang beragama islam menziarah mana-mana kubur yang ingin di ziarahi. Beliau menambah yang mana beliau hairan mengapa keluarga arwah Tok Guru Nik Aziz tidak membenarkan Tun Dr Mahathir menziarah kubur Tok Guru. Datuk Shamsubahrin berpendapat sebahagian keluarga arwah yang berada di dalam parti pas tidak seharusnya melakukan perkara sedemikian kepada Tun Dr Mahathir kerana walaupun berlainan parti seharusnya bersaing secara sihat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here