Published on 7 May 2018

Syarikat teksi premium di ibu negara hari ini menyeru pemandu teksi di seluruh negara mengundi Pakatan Harapan (HARAPAN) pada 9 Mei, esok. Penasihat Big Blue, Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, beliau turut menggesa pemandu teksi supaya bangkit dan memangkah HARAPAN. Ini kerana, menurutnya, dengan mengundi HARAPAN dapat menghentikan kezaliman yang dibuat perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini. Selain itu, Shamsubahrin turut mengkritik tindakan Najib yang memberi kad bantuan Teksi 1Malaysia bernilai RM800 kepada pemandu teksi. Beliau mempertikaikan bantuan berkenaan yang diberi menjelang pilihan raya umum (PRU). Pada 13 April lalu, Malaysiakini melaporkan, lebih 67,000 pemandu teksi seluruh negara menerima Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 bagi pembelian petrol atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas. Najib ketika berucap pada majlis penyerahan kad berkenaan berkata beliau berharap kad itu dapat membantu pemandu teksi mengurangkan kos operasi harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here