Tun Dr Mahathir membuat ucapan ini adalah untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa setiap undian daripada anda semua amat penting. Malah kemenangan yang dicari ini adalah untuk menebus maruah bangsa. Selain itu Tun Dr Mahathir juga mengatakan bahawa kemerdekaan yang kita perolehi pada hari ini adalah daripada perjuangan ibu, bapa kita dahulu yang berjuang untuk membebaskan rakyat Malaysia daripada di belengu penjajahan.

kemerdekaan ini dapat membuktikan bahawa kita mampu mentadbir negara dan membangunkan negara ke arah kemajuan seperti negara-negara maju yang lain.
perubahan ini adalah untuk anak, cucu masyarakat Malaysia di masa hadapan. apa yang paling penting adalah, PRU kali ini perlu mendapat sokongan daripada rakyat untuk merubah kerajaan yang sedia ada agar dapat memajukan ekonomi negara.

Memang bukan mudah untuk jatuhkan kerajaan yang sedia ada ini, namun sekiranya rakyat Malaysia memberi sokongan penuh kepada pakatan Harapan dengan gabungan parti pembangkang ianya pasti akan mampu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada ini untuk kepentingan semua pihak terutamanya rakyat Malaysia yang inginkan keadilan dalam barisan kepimpinan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here