Beberapa tahun lalu, industri teksi tidak mendapat sambutan akibat daripada adanya sistem e-hailing yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda berbanding pemandu teksi yang sukar untuk mencari rezeki. ini kerana kerajaan menyokong penuh sistem ini beroperasi di Malaysia. selain itu, SPAD juga sering menyalahkan pemandu teksi yang kononnya pemandu teksi di Malaysia ini tidak menjalankan perkhidmatan dengan kemas malah menganiaya penguna kenderaan awam.

tambahan lagi, SPAD juga mengatakan bahawa pemandu teksi tidak pernah mendengari nasihat yang diberikan malah pemandu teksi sering mengugut kerajaan untuk tidak menyokong Barisan Nasional jika ada sekatan atau peraturan yang menyekat kuasa mereka.

selain itu, SPAD juga mengatakan bahawa, pihak beliau sering menerima aduan yang mana pemandu-pemandu teksi mengunakan jalan yang salah seperti tidak mengunakan meter, mengugut penguna teksi, mengenakan caj tambang yang tidak masuk akal, tetapi tidak satu pun tindakan yang benar-benar menjadi iktibar kepada pemandu teksi. sehingga timbul laporan di media dunia yang menasihati pelancong asing yang ingin datang ke Malaysia agar berhati-hati dengan teksi di negara ini.

selain daripada itu, SPAD juga mengatakan bahawa, kehadiran sistem e-hailing ini mempu menyelesaikan masalah yang ditimbulkan oleh pemandu teksi. malah SPAD menyokong penuh sistem ini kerana unsur-unsur penipuan dapat dihapuskan dan SPAD juga mengingatkan pemandu teksi untuk tidak menyalahkan Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar kononya beliau mempunyai hubungan dengan perniagaan ini. SPAD telah lama cuba untuk memulihkan imej pemandu teksi negara ini, tetapi pemandu teksi sendiri yang memilih jalan mereka yang akhirnya mereka sendiri yang terkambus dalam lubang yang mereka gali. ini apa yang dikatakan oleh SPAD kepada pemandu teksi Malaysia. sering melihat keburukan teksi sehinggakan tidak mahu membantu untuk mengurangkan beban pemandu teksi.

apa yang pasti, pemandu teksi sering dipersalahkan apabila menyuarakan hak mereka dan pelbagai tomahan yang diterima oleh pemandu teksi contohnya pemandu teksi tidak menggunakan meter, penggunaan kenderaan lama, busuk serta sikap kasar berbanding pemandu Uber dan Grab car. malah kerajaan mengambil sikap lepas tangan dan menyerahkan segalanya kepada SPAD untuk menetukan nasib pemandu teksi. penderitaan yang dialami oleh pemandu teksi sejak adanya sistem e-hailing ini memuncak sehinggakan pemandu teksi perlu mencari solusinya sendiri.

Dalam pada itu, Mantan menteri Di Jabatan Perdana Menteri, DS Nancy Shukri menegaskan Kerajaan terdahulu  tidak pernah pilih kasih atau menganiaya pemandu teksi seperti didakwa, sebaliknya bersikap adil dengan peraturan-peraturan tertentu terhadap syarikat e-hailing seperti Uber dan GrabCar agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.

DS Nancy berkata, segala rungutan dan tuduhan Kerajaan bersikap tidak adil adalah tidak berasas sama sekali kerana Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan kedua-dua belah pihak. Malah ada diantara beberapa orang menteri yang mengatakan bahawa mereka tidak perduli sekiranyan pemandu teksi di malaysia tidak menyokong barisan nasional, dan mereka tidak gentar dengan ugutan yang dibuat oleh pemandu teksi.
Namun apa yang apa yang dapat dilihat adalah janjikan kepada pemandu teksi tidak ditunaikan malah menyalahkan pemandu teksi kerana tidak membuat perubahan iaitu mengunakan aplikasi e-hailing seperti grab dan uber. Datuk Seri Najib Razak juga tidak memandang masalah yang dialami oleh pemandu teksi ini adalah masalah yang serius malah beliau selaku bekas perdana menteri sebelum ini mengatakan bahawa sistem e-hailing ini jauh lebih baik berbanding teksi.

sesudah PRU ke 14, Pemandu teksi Malaysia hari ini mampu menarik nafas lega apabila kemenangan berpihak kepada pakatan harapan yang memenangi pilihan raya umum ke 14 semalam. Apa yang menariknya ialah pakatan harapan mendapat 132 kerusi hasil campuran beberapa buah parti lain iaitu DAP di sabah dan serawak, parti warisan dan beberapa parti kecil yang lain.

Apa yang pasti adalah, kerajaan yang bakal dibentuk untuk lima tahun akan datang ini mampu membela nasib rakyat terutamanya pemandu teksi di Malaysia. Kerajaan sebelum ini telah menyebabkan pemandu teksi Malaysia mengalami kesukaran untuk mencari makan dengan hasil pemanduan teksi kerana wujudnya sistem e-hailing yang menyekat teruk rezeki pemandu teksi di Malaysia. Ini kerana sistem ini tidak dikuatkuasakan undang-undang namun masih boleh beroperasi.

Apa yang menyebabkan pemandu teksi Malaysia marah dan berang kerana, kerajaan terdahulu tidak membantu untuk menyelasaikan masalah yang di hadapi oleh pemandu teksi, namun menyokong bahawa sistem e-hailing adalah sistem terbaik dan membiarkan pemandu teksi terkontang-kanting bersendirian menyelasaikan masalah mereka.

Ini adalah bukti bahawa pemandu teksi di Malaysia inginkan sokongan daripada kerajaan untuk merubah masa depan pemandu teksi. Dan perubahan ini adalah untuk menjamin masa depan rakyat Malaysia dan juga pemandu teksi. Pemandu teksi inginkan sistem yang mampu untuk mereka membela nasib mereka. Jadi perubahan ini adalah perubahan yang amat dinantikan oleh pemandu teksi. Diharap kerajaan baru ini mampu membela nasib semua pihak terutamanya pemandu teksi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here