Bertempat di Tapak pasar malam, Taman Selesa Batang Berjuntai. Seluruh jentera PRU14 bagi N11 Dun ijok telah diraikan dalam majlis meraikan kemenangan pada PRU14 dimana Dr Idris Ahmad telah mengekalkan kedudukan sebagai penyandang Di Dun Ijok.
Majlis yang turut diraikan bersama masyarakat di ijok dimana Datuk Shamsubahrin (www.shasubahrinismail.com / Big Blue Founder) telah menunaikan janji untuk menyumbangkan 50 ekor kambing untuk majlis meraikan kemenangan PRU14 jika Dr Idris Ahmad dilantik sekali lagi oleh masyarakat di Ijok.
Majlis yang bermula pada 8.00 malam telah dihadiri ratusan warga Ijok dengan pelbagai bangsa yang di raikan oleh Dr Ahmad Idris dengan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tinggi serta berjanji akan menunaikan tanggung jawab sebagai Ahli Dun dengan lebih baik dan berbakti kepada seluruh masyarakat ijok dengan sebaik mungkin.
Turut menyampaikaan ucapan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor yang mewakili kaum India, Saudara Azli yang merupakan ketua jentera PRU14 dan   Dr. Idris Ahmad juga turut menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota jentera yang bekerja keras utk kemenangan PRU14 pada kali ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here