Kenyataan yang dibuat oleh Bekas menteri di jabatan perdana menteri iaitu Datuk seri Nancy Shukri adalah mengarut dan tidak benar sama sekali. Ini kerana beliau yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan pemandu teksi serta mengawal selia SPAD tidak dapat pernah membantu pemandu teksi sama dekali seperti yang dilaporkan kepada pemberita baru-baru ini. Malah apa yang dapat dilihat adalah, sistem e-hailing yang diguna pakai oleh syarikat uber dan grab yang berjalan secara haram turut mendapat sokongan daripada pihak beliau juga kerajaan terdahulu. Beliau juga menyarankan agar pemandu teksi mengikut jejak langkah uber dan grab untuk mendapatkan pelangan. Apa yang pasti itu bukanlah satu sokongan dan bantuan yang baik untuk pemandu teksi.

Beliau juga mengatakan bahawa kerajaan terdahulu juga ada memberi bantuan seperti BR1M dan juga kad minyak sebanyak RM 800 ringgit dan itu hanya di perolehi oleh pemandu teksi. Namun ianya dilakukan hanyalah untuk mendapatkan sokongan daripada pemandu teksi agar mengundi kerajaan terdahulu untuk kekal memerintah negara. Hal ini dapat dilihat apabila pemandu teksi dibiarkan terkontang kanting selama beberapa tahun secara sendirian tanpa bantuan dan sokongan kerajaan untuk meningkatkan lagi taraf pemandu teksi di Malaysia malah mengangkat dan bersetuju dengan sistem e-hailing.

Selain itu, beliau Hanya tahu bersuara apabila Dato Shamsubahrin menyuarakan pendapat serta komen berkenaan dengan isu e-hailing dan juga nasib pemandu teksi. Malah beliau juga mengeluarkan komen negetif terhadap Dato Shamsubahrin kerana terlalu kerap bersuara.

Tambahan lagi, Datuk Mohd Alias dan juga Datuk Aslah adalah orang kuat umno yang mana akan memilih untuk memyokong umno untuk mendapatkan imbuhan. Datuk Mohd Alias banyak menipu pemandu teksi dibawah selian beliau malah beliau juga turut menipu suruhanjaya koperasi untuk mendapatkan pinjaman yang mana duit berkenaan diguna pakai untuk diri sendiri.

Saranan yang diberikan oleh Dato Shamsubahrin kepada kerajaan Baru untuk industri teksi adalah siasat pengusaha teksi yang meminjam dengan suruhanjaya koperasi sekiranya pinjaman yang dibuat tidak digunakan dengan betul dan tidak membayar semula wang pinjaman berkenaan.

Dato Shamsubahrin juga menasihati Datuk Mohd Alias agar berihat dan berhenti untuk memutarbelit cerita yang mana sebelum ini beliau ada membuat kenyataan berhubung “jangan bunuh pemandu teksi”. Apa yang pasti pada hari ini sudah terbukti pakatan harapan menang dan dapat merampas dan mentadbir negara mengikut Undang-undang yang betul.

 

write by: Natasha

publish by: Shamsubahrinismail.com

Date: 14/5/2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here