Rafizi Ramli perlu bersikap lebih terbuka diatas pelantikan empat jawatan penting dalam menteri kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Beliau mengatakan bahawa, Perdana Menteri melantik empat anggota kabinet berkenaan tanpa kata sepakat dari empat parti yang bergabung dibawah satu bumbung pakatan harapan. Antara empat jawatan penting itu ialah timbalan perdana menteri Wan Azizah, menteri kewangan yang disandang oleh Lim Guan Eng, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri dan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.

Selain itu, Perdana menteri Menjelaskan bahawa pelantikan empat menteri kabinet ini tidak mengetepikan mana-mana pihak. Malah Perdana Menteri berkata selain keputusan dibuat melalui Majlis Kepimpinan Tertinggi PH yang membincangkan dasar-dasar Pakatan Harapan (PH), ia juga dilakukan melalui Jawatankuasa Lima Pemimpin Tertinggi yang dianggotai empat presiden parti komponen PH serta dipengerusikan beliau sendiri. Dengan kenyataan ini, Rafizi perlu bertenang dan menerima apa saja yang Perdana Menteri putuskan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata untuk membolehkan keputusan dibuat, pihaknya berpegang kepada prinsip ‘majoriti yang memerintah’ kerana tidak selalunya akan beroleh konsensus. Dan untuk menubuh kabinet penuh memerlukan masa kerana semua parti perlu merujuk kepada parti masing-masing untuk memberi nama supaya dapat ditentukan jawatan yang akan di pegang.

Tambahan lagi, apabila kerajaan Malaysia sudah berubah, semua pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu berjuang untuk rakyat dan juga negara bagi mengekalkan kesejahteraan dan mampu melaksanakan apa yabg dijanjikan oleh pihak pakatan harapan.

Dato Shamsubahrin memberi cadangan kepada Perdana menteri untuk menaikan wang perbelanjaan untuk rakyat yang mana sebelum ini diperuntukan sebanyak 3 juta ringgit. Wang ini akan digunakan sekiranya rakyat mengalami masalah seperti rumah terbakar atau bencana alam yang lain.

Selain itu Dato Shamsubahrin juga meminta agar gaji pemimpin dinaikan agar tiada lagi kes rasuah di Malaysia seperti di singapura. Ini kerana wakil rakyat dan pemimpin yang dipilhboleh rakyat bekerja tanpa mengira masa malah mengorbankan kehidupan mereka untuk berbakti kepada rakyat.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here