Menteri besar Johor yang baru memilih bekas presiden Majlis Daerah Kota Tinggi dan juga ahli umno iaitu Fizwan Rashidi sebagai setiausaha peribadi beliau berdasarkan notis pemindahan perkhidmatan Awam Johor baru-baru ini. Sumber pakatan harapan (PH) berkata, pelantikan fizwan telah membuat banyak persoalan yang timbul dalam persekutuan yang kini bertanyakan mengenai komitmen kerajaan untuk menegakkan integriti dalam pemerintahan parti itu.
Sumber dari pakatan harapan juga menambah, walaupun Fizwan Rasihidi telah keluar daripada umno, beliau masih dianggap sebagai sisa atau bekas umno yang mana kita berjuang selama ini untuk mendapatkan perubahan yang dikini kita perolehi. Selain itu, sumber pakatan harapan juga mengharap agar menteri besar Johor lebih sensetif terhadap perkara-perkara yang diketahui oleh Fizwan dan orang-orang beliau. Ini kali kedua berlaku berikutan terdapat tiga pemohonan ahli umno yang ingin memasuki Parti Bersatu Negara (PPBM) pada hari sabtu yang lalu. Ini kerana tiga ahli umno ini dahulunya penyokong kuat terhadap parti mereka dan kini secara tiba-tiba ingin menganggotai PPBM.

Tambahan daripada pihak pakatan bahawa PH tidak perlukan pembelot yang mana sebelum ini mereka yang ingin menyertai PPBM ini adalah orang yang paling kuat menentang PH dan menyokong keputusan parti mereka yakni UMNO. Kesemua daripada Umno yang ingin menyertai PPBM adalah ahli umno yang memegang jawatan tinggi di dalam umno antaranya Rasman Ithnain (Sedili), Rosleli Jahari (Johor Lama) dan Alawiyah Talib (Endau). Fizwan yang merupakan timbalan ketua bahagian Umno Kota Tinggi dan Rosleli pula merupakan setiausaha parti. Malah Alawiyah iaitu ketua Mersing Wanita Umno yang berkait rapat dengan bekas anggota parti dan eksekutif parti Datuk Abd Latif Bandi, yang didakwa dengan 21 pertuduhan pencucian wang berjumlah RM35.78 juta berkaitan dengan skandal tanah Johor tahun lepas.
Timbalan Ketua PKR Johor, Jimmy Phua Wee Tse mengakui bahawa beliau menyedari ahli PH perlu berbincang mengenai perkara ini segera kerana hal ini dapat menentang agenda pembaharuan yang dicadangkan untuk memastikan kerajaan adil dan bertanggungjawab. Beliau juga meminta agar diberikan masa untuk membentuk kerajaan negeri terlebih dahulu dan beliau juga akan menasihati Datuk Osman mengenai perkara ini yang sememangnya akan melemahkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri. Adun DAP Perlis Cheo Yee How setuju dengan Phua dan mengatakan bahawa semua parti komponen PH telah bersetuju untuk menegakkan agenda pembaharuan.
Datuk Shamsubahrin ismail mengulas lanjut berkenaan isu ini, Datuk Osman Sapian Tolong jangan mengecewakan kepercayaan yang diberikan kepadanya dengan mengambil bekas ahli dan pemimpin umno untuk menjadi setiausaha peribadi. Datuk Shamsubahrin berkata lagi, beliau faham bahawa Datuk Osman Sapian mempercayai Fizwan namun ramai lagi ahli pakatan harapan yang boleh dipercayai lebih lagi. Datuk Shamsubahrin yang berasal dari Johor bahru juga tidak menyokong tindakkan Datuk Osman Sapian untuk menjadikan Fizwan sebagai setiausaha peribadi. Ini kerana sebelum ini seluruh keluarga termasuk Datuk Shamsubahrin menyokong umno namun kini Datuk Shamsubahrin tidak lagi mengundi umno dan kekal menyokong dan setia terhadap pakatan harapan. Datuk Shamsubahrin tidak menyokong tindakkan segelintir ahli umno yang ingin

menyokong pakatan harapan selepas barisan nasional kalah semasa pru ke 14. Datuk Shamsubahrin juga menambah, jika Datuk Osman Sapian ingin menjadi menteri besar lebih lama lgi, tolong buang Fizwan secepat mungkin atau Datuk Osman Sapian akan dibuang oleh parti atau sultan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here