Pemuda Parti Amanah Negara hari ini menyerahkan memorandum kepada SPRM untuk menyiasat duit sebanyak RM 230 juta yang terdapat di dalam akaun bank Dr Zahid Hamidi dengan kadar segera. Di dalam memorandum tersebut telah dinyatakan kronologi berkenaan dengan kenyataan-kenyataan media yang dikeluarkan oleh ketua SPRM bermula daripada 5 ogos 2017 yang mana Datuk Zulkifli Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Zahid Hamidi akan disiasat sepenuhnya kerana wujudnya laporan yang dibuat ke atas beliau. kemudian pada 8 ogos 2017 salah seorang pemudan Pakatan Harapan telah membuat satu lagi laporan terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi kepada SPRM agar menyiasat berkenaan duit berjumlah Rm 230 juta tersebut.
pada 11 ogos 2017 sekali lagi ketua SPRM telah mengeluarkan satu kenyataan iaitu “isunya sama ada harta tersebut diperoleh daripada rasuah atau salah guna kuasa perlulah mempunyai asas, orang boleh mempunyai kekayaan namun sumbernya yang penting untuk dilihat kerana sekiranya sumber duit itu daripada rasuah atau salahguna kuasa barulah menjadi tanggungjawab kami (SPRM) untuk menyiasat. Malah ketua SPRM mengatakan bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir itu bukan asas yang boleh membawa kepada siasatan apatah lagi pihak yang mendakwa juga mengakui tidak mempunyai bukti diatas apa yang di perkatakanya”.
Oleh yang demikian pemuda Parti Amanah Negara selaku wakil Pakatan Harapan telah mengeluarkan kenyataan pada waktu yang sama berkenaan kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua SPRM dengan mempersoal bagaimana SPRM boleh membuat kesimpulan berkenaan tiada bukti kukuh tanpa memanggil pihak yang di dakwa dan mendakwa tidakkah itu satu kesimpulan yang bersifat pra matang. kes ini hanya boleh dikenal pasti dengan melakukan siasatan terhadap orang yang di dakwa. apa yang menjadi tanda tanya adalah siasatan belum lagi dilakukan namun bagaimana pihak SPRM dapat memastikan Datuk Seri Zahid Hamidi tidak terkait langsung dalam kes rasuah atau salah guna kuasa. Oleh yang demikian memorandum pada hari ini yang di hantar oleh pemuda PAN adalah untuk siasatan dimulakan kerana laporan telah dibuat yang mana sama ada Datuk Seri Zahid Hamidi terlibat atau tidak, hanya siasatan yang dapat menentukan bukan kesimpulan awal yang dilakukan tanpa siasatan.
Apa yang dipersoalkan adalah bagaimana seorang yang memegang jawatan sebagai Ketua pemuda Umno ketika itu boleh memiliki kekayaan sebesar itu dan bagaimanakah beliau boleh memiliki duit sebanyak itu yang mana sumbernya tidak diketahui. selain itu adakah wujud penyalahgunaan kuasa atau rasuah ketika itu hingga mampu memperolehi kekayaan sebesar itu. Ditambah oleh ketua pemudah PAN yang mana beliau ingin SPRM menyiasat kes ini segera dan menyiasat secara telus terhadap Datuk Seri Zahid Hamidi.

Seharusnya SPRM yang diamanahkan oleh rakyat untuk menyiasat berkaitan kes salah guna kuasa dan rasuah tidak seharusnya berpihak kepada mana-mana pihak yang mana sebelum ini pihak SPRM telah menjalankan siasatan kepada exco pulau pinang. Oleh kerana itu, pihak pemuda PAN yang menwakili PH menyeru agar SPRM tidak menyebelahi mana-mana pihak sekiranya ditugaskan untuk menyiasat sesuatu kes berkaitan salah guna kuasa atau rasuah. pihak PAN juga mendesak agar SPRM menyiasat secara telus adil dan berintregriti untuk kes Datuk Seri Zahid Hamidi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here