Datuk Shamsubaharin Ismail, penasihat kepada syarikat pengendali teksi Big Blue Taxi Service Sdn Bhd telah meminta kerajaan agar menyekat Grab daripada terus beroperasi.

“Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak perlu menyokong ataupun bekerjsama dengan Grab kerana pemandu teksi yang pernah berkhidmat dengan beliau pernah dianiaya oleh syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan itu,” terangnya kepada Berita Harian.

Beliau terus menerangkan bahawa sebelum Grab beroperasi, ia menjalankan perkhidmatan MyTeksi tetapi setelah berjaya ke tahap tinggi, syarikat itu memperkenalkan perkhidmatan kenderaan bawa penumpang tanpa lesen.

Namun begitu Shamsubaharin berkata ia bersetuju jika perkhidmatan e-panggilan dikawal oleh SPAD atau pemain industri tempatan.

Bagi Careta, pendapat beliau ada benarnya kerana beliau mewakili pemandu teksi.Namun begitu, sayang sekali pihak pengguna tidak mempunyai banyak wakil yang pro-aktif dalam hal ini dan kerajaan perlu mendengar rintihan pengguna akan sistem teksi sebelum wujudnya Uber dan Grab.

Di bawah ialah apa yang Careta rasakan:

  1. Benar, MyTeksi diubah kepada Grab tetapi ia adalah tindak-balas kepada kerajaan yang membenarkan Uber beroperasi. Tetapi Shamsubaharin perlu ingat sebagai sebuah syarikat perniagaan, MyTeksi terpaksa berubah kepada Grab, dan teksi masih boleh dilanggan melalui aplikasi Grab.
  2. Cadangan e-panggilan di kawal oleh SPAD tidak akan terjadi kerana SPAD akan dimansuhkan. Jika ada pun, Malaysia patut lebih ke arah negara maju dan syarikat-syarikat perlu dibenarkan berniaga. Agensi kerajaan hanya memantau. Zaman perniagaan kerana rapat dengan orang politik sepatutnya ditamatkan segera. Dalam masa yang sama, perlu ada satu lagi syarikat e-hailing agar Grab tidak memonopoli semuanya.
  3. Shamsubaharin berjaya mendapat projek untuk membekalkan perkhidmatan teksi elektrik di Kuala Lumpur. Sebanyak 20,000 teksi elektrik bakal beroperasi di sekitar bandaraya menjelang 2020. Geran kerajaan akan diberikan kepada pemandu teksi untuk menjayakan projek yang memakan pelanburan RM200 juta ini. Mungkin beliau patut lebih fokus kepada projek ini kerana kami semua mahu melihat ia berjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here