Akibat terlalu sombong dan angkuh terhadap pangkat yang diperolehi, pemimpin-pemimpin Umno langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan orang yang lebih berpengalaman dalam urus tadbir negara iaitu bekas perdana menteri ke empat dan perdana menteri ke tujuh iaitu Tun Dr Mahathir. Malah, pemimpin-pemimpin Umno sanggup memperlekehkan Tun Dr Mahathir dengan mengatakan bahawa beliau nyanyuk, tidak layak untuk memerintah semula negara kerana sudah tua dan juga mengatakan beliau bukan orang berketurunan Malayu dan ingin merosakkan bangsa melayu dengan menggunakan orang melayu untuk menjalankan agenda yang tersembunyi.

Apa yang lagi menyedihkan, Tun Dr Mahathir telah pun ditarik kesemua keistimewaan sebagai bekas perdana menteri akibat daripada menegur salah laku yang dilakukan oleh bekas pemimpin tertinggi Umno dan Barisan Nasional iaitu Datuk Seri Najib. selain daripada itu, anak kepada Tun Dr Mahathir juga telah dilucutkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah akibat daripada menegur Bekas Pucuk pimpinan Umno tersebut. Malah Datuk Seri Najib serta pemimpin

Umno yang lain sering mencari kesalahan Tun Dr Mahathir untuk dijadikan bahan sindiran dalam setiap kali ucapan mereka untuk meraih undi rakyat.

pemimpin Umno terlalu yakin yang mana dengan hinaan dan tuduhan yang tidak berasas itu dapat meraih undi rakyat serta dapat melemahkan semangat Tun Dr Mahathir untuk mengubah Malaysia menjadi lebih baik daripada sebelum ini. Percaturan mereka silap langkah, malah hinaan demi hinaan dibuat terhadap Tun Dr Mahathir langsung tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi rakyat. Beliau juga ada menasihati pemimpin-pemimpin Umno supaya berlapik ketika berbicara, namun semuanya tidak diambil peduli.

selepas banyak menteri dan orang-orang yang bersama umno suatu ketika dahulu dibuang daripada Umno dan di lucutkan jawatan atas sebab bertanya soal 1MDB dan wang 2.6 Bilion termasuklah anaknya, Tun Dr Mahatir mengambil keputusan untuk keluar daripada Umno dan menubuhkan sebuah parti baru iaitu parti peribumi bersatu. Namun apa yang menyedihkan, sewaktu hari pilihan raya semakin dekat, Para pemimpin Umno mencari kesalahan Parti terbabit agar parti tersebut boleh digantung dan tidak dibenarkan bertanding atas alasan parti peribumi bersatu tidak didaftarkan dengan cara betul.

Malah sewaktu kempen PRU 14 yang lalu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya mengatakan bahawa tidak boleh menggunakan gambar Tun Dr Mahathir di dalam risalah kempen serta kain rentang. Ada juga yang tidak memperdulikan arahan tersebut, yang mana tetap meletakan gambar Tun Dr Mahathir di dalam kain rentang mereka dan apa yang dilakukan oleh pihak SPR adalah, mereke memotong serta menampal gambar Tun Dr Mahathir daripada dilihat berada di kain rentang tersebut. Bergitu teruk layanan yang diterima oleh Perdama menteri yang ketujuh sebelum ini.

Ada juga yang mengatakan bahawa Tun Dr Mahathir ingin menjadi perdana menteri kerana mempunyai adenga yang tersembunyi. Namun semua itu adalah cakap kosong yang tidak boleh dipercayai. akibat daripada cacian yang diterima serta tuduhan-tuduhan yang tidak berasas ke atas diri beliau, beliau terus kuat

sehinggalah dipilih semula untuk memegang jawatan perdana menteri sekali lagi dan sekaligus menutup mulut-mulut pemimpin-pemimpin umno yang sebelum ini setiap detik mengutuk dan mengeji beliau dengan bermacam-macam cara. Akibat mengeji orang yang lebih tua yang lebih berpengalaman dan disayangi rakyat, mereka semua kini menjadi pembangkang dan kalah teruk sedangkan sebelum ini telah memerintah negara selama 61 tahun.

pelbagai cara diatur untuk memastikan parti yang diwakili oleh Tun Dr Mahathir kalah, namun tidak berhasil. rakyat kini lebih mempercayai Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir berbanding Umno kerana pemimpin Umno penuh dengan rasuah dan salah guna kuasa serta hanya tahu mengeji dan menghina orang tua tanpa rasa hormat sedangkan beliau telah memimpin negara selama 22 tahun dan membawa Malaysia ke persana dunia pada suatu ketika dahulu. kini, siapa yang mengutuknya dahulu kini menjadi buruan SPRM atas kesalahan salah guna kuasa malah mereka kehilangan kepercayaan rakyat serta pangkat yang sebelum ini digunakan untuk menjatuhkan Tun Dr Mahathir.

Apa yang pasti, Tun Dr Mahathir kini telah menjadi perdana menteri ke tujuh dan mampu membawa perubahan serta memperbaiki kesilapan pemerintah terdahulu yang mana sebelum ini hanya mampu mengeji serta mengherdik di dalam upacapan mereka terhadap Tun Dr Mahathir. walaupun hinaan dan kututkan yang diterima, namun ianya tidak pernah mampu untuk mematahkan semangat untuk Tun Dr Mahathir mengubah pentadbiran negara Malaysia. Kini Umno hanya tinggal nama, kerana Umno tidak mampu mentadbir negara dengan baik yang mana negara kini makin tenat diperlakukan oleh mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here