kenyataan yang dikeluarkan oleh Syed Hamid Albar mengenai UMNO dan Barisan Nasional terhadap parti gerakan dalam Barisan Nasional sebagai satu pembaziran dari segi masa dan kewangan kerana tidak membawa keuntungan dan hanya tahu mementingkan diri sendiri. ini kerana terdapat beberapa parti yang keluar daripada Barisan Nasional akibat kekalahan parti itu pada PRU 14 baru-baru ini.

ini kerana, walaupun terdapat terdapat banyak aprti-parti komponen BN, namun ianya tidak mampu menyumbang apa pun kepada Barisan Nasional pada PRU kali ini yang mana sebelum ini Barisan Nasional telah memerintah selama 61 tahun telah tewas kepada pakatan Harapan. ini adalah peringatan yang jelas lagi nyata bahawa rakyat inginkan perubahan dengan memutuskan untuk mengundi keseluruhan gabungan pakatan Harapan.

Namun apabila kenyataan Syed Hamid Albar ini tular, ada yang mengatakan bahawa Syed Hamid Albar nyanyuk atau pelupa. ada yang mengatakan bahwa parti gerakan seperti MCA dan MIC tetap menyokong Barisan Nasional walaupun apa yang terjadi kini. Malah Syed Hamid Albar dikatakan menyimpan dendam kepada Umno akibat dipecat Umno sebagai pengerusi Spad dan digantikan oleh Isa Samad.

Syed Hamid Albar mengulas lanjut dengan mengatakan bahawa, adakah umno menyedari bahawa mereka telah kehilangan kepercayaan rakyat yang mana umno telah kehilangan beberapa kerusi Felda dan luar bandar yang merupakan “deposit selamat” mereka dalam pilihan raya umum baru-baru ini?

Malah Syed Hamid Albar menambah sekiranya Umno adalah sebuah Parti yang sempurna, pemimpin seperti Dr Mahathir, Anwar Ibrahim, Wan Azizah, Azmin Ali, Muhyiddin Yasin, Saifuddin Abdullah, Muhkriz Mahathir, Rafidah Aziz, Daim Zainuddin dan Khairuddin Abu Hassan tidak akan keluar atau meninggalkan Umno.

Bagi Syed Hamid Albar, Gerakan Umno seharusnya memahami falsafah dan visi Umno itu sendiri agar dapat menbuat satu tindakan yang betul dan dapat menyelamatkan parti berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here