Seorang ahli akademik telah memberi amaran kepada kerajaan supaya tidak menuntut penswastaan semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Terence Gomez, seorang profesor ekonomi politik di Universiti Malaya, berkata tidak bijak untuk memindahkan syarikat penting seperti bank, firma berasaskan utiliti dan perusahaan perladangan besar kepada sektor swasta.

Ini adalah ulasan bagi menjawab komen yang dibuat oleh pengulas politik, M Bakri Musa, yang baru-baru ini mencadangkan bahawa kerajaan menyelesaikan “kekacauan GLC Malaysia” dengan menghapuskannya. Gomez menegaskan bahasa hanya sekumpulan kecil orang dalam sektor swasta akan mempunyai Dana bagi memperolehi GLC. Beliau mengulas lanjut yang mana sekiranya kerajaan mempelbagaikan semua GLC, kita hanya akan menumpukan lebih banyak kekayaan di tangan elit perniagaan dan ini akan menyumbang kepada ketidaksamaan kekayaan yang lebih besar. salah satu masalah besar di Malaysia hari ini tidak begitu banyak kemiskinan tetapi peningkatan kekayaan dan perbezaan pendapatan.

Gomez juga menegaskan bahawa GLC terdapat dalam pelbagai bentuk, seperti syarikat awam yang disenaraikan, syarikat induk, badan berkanun dan institusi pembangunan. seperti contoh Maybank, Sime Darby, Khazanah Nasional,

Permodalan Nasional, Perkeso, Felda, Felcra dan Mara. selain dari itu beliau juga mengatakan bahawa tidak boleh memindahkan segala syarikat kepada sektor swasta. ini kerana seperti Felda, Mara, PNB, dan Felcra ditubuhkan untuk membantu mengagihkan semula kekayaan dan terus memainkan peranan besar dan penting dari segi pembangunan yang saksama.

apa yang sepatutnya dan seharusnya dilakukan oleh kerajaan baru ini adalah merancang dengan bijak bagaimana caranya untuk memperbaharui GLC dan menentukan peranan syarikat GLC ini dalam ekonomi. Gomez menambah, beliau terkejut dengan pemakluman bahawa kerajaan baru tidak menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji apa yang digambarkannya sebagai perkara penting. apa yang pasti Perdana Menteri sendiri telah mengatakan bahawa GLC mesti diperbaharui

Datuk Shamsubahrin Ismail mengulas lanjut mengenai isu ini yang mana beliau mengatakan bahawa tidak perlu menjual syarikat GLC Malaysia namun menstrukturkan semula pemimpin-peminpin yang memegang syarikat GLC terutemanya ketua pegawai Eksekutif dan CEO serta lembaga pengarah. Beliau juga mengatakan rakyat Malaysia menyokong penuh syarikat-syarikat GLC seperti TNB, CELCOM, SIME DARBY dan banyak lagi syarikat-syarikat GLC yang lain. ini kerana, syarikat-syarikat GLC ini memberi banyak menfaat kepada kerajaan dan juga rakyat Malaysia. Datuk Shamsubahrin juga mengatakan bahawa syarikat-syarikat GLC ini dapat membantu kerajaan Baru untuk membuat perubahan dari segi mengembangkan lagi tahap pendidikan, menambah baik hospital dan juga infrasturktur bagi mengukuhkan Malaysia. selain itu beliau juga mengatakan bahawa projek kereta api laju yang menghubungkan malaysia dengan singapore tidak perlu dibatalkan tetapi ianya harus diberikan kepada syarikat swasta dan jadikan ianya swasta seperti KTM. apa yang penting adalah CEO dan ahli lembaga pengarah perlu ditukar dan seharusnya ahli tertinggi di dalam syarikat GLC ini tidak boleh terlibat dengan politik. ini kerana sebelum ini terdapat banyak kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam arena politik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here