Sepucuk surat yang ditujukan kepada Tan sri Muhyidin Yasin ini berhubung kes Datuk Seri Jamal Yunus, Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar yang melarikan diri dari jagaan polis pada 25 Mei 2018 lalu. selepas kejadian itu berlaku, seluruh rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimana Datuk Seri Jamal Yunus boleh melarikan diri dari tahanan polis yang dikawal ketat oleh anggota polis di Hospital Ampang Puteri, sebelum menyelesaikan dokumen kes berkenaan perayaan bir dan dengan sengaja menunjukkan senjata api.

Tiga hari polis mencari Datuk Seri Jamal, namun tidak dapat dikesan sehingga Datuk Seri Jamal membuat satu kenyataan akhbar yang mengatakan beliau tidak berhasrat untuk melarikan diri dari tahanan polis, tetapi beliau hanya pergi untuk mengeluarkan wangnya dari tabung haji.

Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kerajaan baru kerana menutup kes berkaitan Datuk Seri Jamal bergitu sahaja yang mana kes ini melibatkan keselamatan negara. Malah apa yang menghairankan rakyat adalah alasan yang diberikan oleh Datuk Seri Jamal tidak boleh diterima akal. apa yang dipersoalkan rakyat lagi adalah mengapa tidak dikenakan akta 223 dan 224 Kanun Keseksaan kepada Datuk Seri Jamal?

Kes ini berlaku sewaktu dibawah pemerintahan rejim Barisan Nasioanl lagi, namun beliau telah dilindungi dari setiap kesalahan yang beliau lakukan. adakah beliau akan dilindungi juga dibawah pemerintahan Kerajaan Baru iaitu pakatan

harapan? seharusnya Tan Sri Muhyidin dan kementerian Dalam Negeri harus bersikap telus yang mana tidak memilih kasih atas tindakkan yang diambil keatas Datuk Seri Jamal.

Rakyat yang inginkan penjelasan mengenai isu ini sedang memerhati dengan lebih dekat dan terperinci diatas segala tindakan dan keputusan yang akan diambil oleh kerajaan Pakatan harapan dan ini juga termasuk Tan Sri Muhyidin serta kementerian Dalam Negeri. Hal ini kerana, sewaktu pemerintahan rejim Barisan Nasional, Datuk Seri Jamal dikelilingi oleh puluhan ribu pegawai polis berpangkat tinggi. Jadi tidak mungkin mereka berubah sekelip mata selepas kerajaan Najib jatuh.

Dalam surat itu juga ada menyetakan bahawa rakyat memilih kerajaan baru dengan harapan agar pemimpin yang dipilih dapat melakukan sesuatu yang tidak memperlihatkan sesuatu yang sukar diterima akal fikiran. Malah rakyat mengharapkan agar paraturan undang-undang dapat ditegakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here