pemandu teksi Malaysia hari ini menzahirkan rasa kecewa kepada kerajaan dibawah pimpinan pakatan Harapan yang mana memandang sepi dan tiada keputusan yang khusus terhadap Grab. ini kerana sudah dua minggu Pru ke 14 berlalu, namun masih tiada sebarang ulasan atau sebarang jawapan mengenai isu yang dihadapi oleh pemandu teksi.

Malah terdapat ramai pemandu teksi yang mula bersuara menunjukan rasa tidak puas hati dan sedih apabila tidak di endahkan mengenai periuk nasi mereka. apa yang mereka harapkan daripada pihak kerajaan Pakatan Harapan adalah untuk membantu golongan pemandu teksi yang sukar untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil memandu teksi akibat adanya Grab.

Grab telah menutup periuk nasi pemandu teksi dengan menggunakan sistem e- hailing dan mengenakan tambang yang murah kepada penumpang agar dapat mengatasi industri teksi Malaysia. sebelum ini Grab dan teksi pernah berkerjasama dalam satu sistem namun telah dikhianati oleh pihak Grab dengan

menawarkan servis caj lebih murah berbanding teksi malah membenarkan orang ramai yang mempunyai kenderaan sendiri untuk mendaftar menjadi pemandu Grab.

apa yang pasti, pemandu teksi mengharapkan perubahan dibawah kepimpinan kerajaan Pakatan harapan yang mana kerajaan sebelum ini telah menkhianati pemandu dan industri teksi apabila bekerjasama dengan Grab Malaysia dan tidak memperdulikan nasib pemandu teksi yang sukar untuk mencari sesuap nasi.

oleh yang demikian, diharap agar pihak kerajaan Pakatan Harapan dapat memberi kata putus dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemandu teksi di Malaysia. ini kerana pemandu teksi perlukan keputusan daripada pihak kerajaan dan bukan dengan hanya mendiamkan diri terhadap isu ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here