Industri teksi sudah bertapak lama di Malaysia, malah industri ini sering digunakan oleh ramai pengguna sebelum ini untuk ke satu destinasi yang ingin ditujui, namun akibat daripada segelintir sikap pemandu teksi yang telah melakukan beberapa kes jenayah sebelum ini, menyebabkan nama baik industri teksi buruk dan dipandang serong. Akibat daripada kes-kes sedemikian, pengguna yang sering menggunakan khidmat teksi kurang yakin untuk menaiki teksi kerana risau dan khuatir sekiranya pemandu teski yang lain melakukan perkara yang sama terhadap diri mereka.

apa yang pasti, sikap segelintir pemandu teksi perlu berubah agar nama baik industri teksi dapat dipulihkan dan dapat meyakinkan semula penumpang yang ingin menggunakan khidmat pemandu teksi. ini kerana hal ini sudah lama berlarutan sehinggakan masyarakat Malaysia mengatakan bahawa, sikap segelintir pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ke atas penumpang sangatlah tidak wajar. Malah laman web LondonCabs.co.uk baru-baru ini mengeluarkan ranking menamakan Malaysia adalah negara pertama yang dikatakan mempunyai pemandu teksi paling teruk. antara faktor yang diambil kira adalah kekangan bahasa, kredibiliti dan sikap pemandu selain isu melibatkan isu tambang teksi.

selain itu, Pemandu teksi dari Kuala Lumpur mendahului carta dengan tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan cas melampau. LondonCabs turut menyentuh sikap segelintir pemandu teksi yang tidak menggunakan meter caj sebaliknya menganggar sahaja jumlah tambang yang bakal dikenakan. tambahan lagi keadaan teksi yang beroperasi di Kuala Lumpur turut dipertikai lantaran kebanyakannya berada dalam kadar yang kurang baik. akibat daripada hal ini, penumpang tidak lagi lagi memilih teksi sebagai pengangkutan utama untuk pergi ke sesuatu destinasi yang ingin dituju.

Menurut Datuk Shamsubahrin Ismail, memang benar ada segolongan pemandu teksi yang tidak jujur dan masih tidak mahu berubah serta masih ingin menyalahkan kerajaan. Datuk Shamsubahrin juga meminta agar pemandu teksi cermin diri sendir dahulu sebelum ingin menyalahkan kerajaan atau sesiapa. Jangan sering mengaggap diri anda semua sentiasa betul dan benar seperti Agong yang bertaraf tinggi. sekiranya ingin menjadi seperti Agong yang dipandang tinggi maka ubahlah perangai anda mengikut sifat yang ada dalam diri Agong iaitu baik dan bermaruah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here