pengasas Big Blue Capital (M) Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail hari ini mengatakan bahawa terdapat sedikit masalah dalaman mengenai pengurusan tertinggi syarikat beliau. ini kerana pihak atasan pengurusan Big Blue Capital (M) Sdn Bhd mendapat maklumat berkaitan pekerja-pekerja syarikat terbabit bahawa ada beberapa orang pekerja yang bekerja sebagai pengurus syarikat itu berniat jahat kerana telah sabotaj semua kontrak yang diperolehi oleh syarikat Big Blue Capital dengan membatalkan kontrak-kontrak yang diperolehi oleh syarikat untuk diambil alih oleh mereka bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda dengan kontrak-kontrak yang diperolehi.
Niat jahat ini sedang disiasat secara dalaman dengan lebih terperinci dan pihak atasan juga masih mencari bukti-bukti yang kukuh untuk mensabitkan pekerja- pekerja yang yang didapati terlibat di dalam kes ini untuk diambil tindakkan seterusnya keatas mereka. pihak Big Blue Capital juga akan mengeluarkan kenyataan lengkap berkenaan isu ini dalam masa terdekat berkaitan pekerja- pekerja yang terlibat dengan lebih terperinchi. apa yang pasti pihak pengurusan telah mengenal pasti pekerja-pekerja yang terlibat di dalam kes ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here