Menurut Datuk Shamsubahrin Ismail, berkaitan kawal selia sistem e-hailing yang kini berada dibawah kementerian pengangkutan mempunyai baik dan buruknya terutamanya kepada pemandu teksi. Datuk Shamsubahrin Ismail berpendapat ada kebaikan dan keburukan apabila undang-undang ini dikuatkuasa. antara kebaikan undang-undang ini adalah terdapat syarat-syarat sama seperti yang dikenakan kepada pemandu teksi terhadap pemandu e-hailing. antara intipati syaratnya adalah perlu membuat pemeriksaan berkala setahun sekali di PUSPAKOM, mempunyai PSV selama setahun, pemotongan pendapatan pemandu hanya boleh dikenakan sebanyak 10 peratus yang mana ianya dapat mengurangkan beban pemandu yang sebelum ini dipotong sebanyak 25 peratus serta perlu menjalani kursus selama 6 jam,
Namun terdapat juga syarat-syarat yang kurang jelas antaranya, yang pertama kenderaan e-hailing itu adalah kenderaan persendirian perlukah pemandu e-hailing memohon permit seperti pemandu teksi bagi menjadikan kenderaan itu sebagai teksi perdangangan. yang kedua adalah kursus yang perlu diambil oleh pemandu e-hailing perlu menjalani di mana? sama ada di sekolah memandu atau dibawah SPAD. sekiranya sekolah memandu yang akan menjalankan kursus tersebut, maka akan ada isu penipuan tentang kehadiran. ini kerana kebanyakan sekolah memandu tidak memandang serius terhadap kelas yang seharusnya diduduki oleh pelajar. selain itu apa yang menjadi persoalan adalah kereta tahun berapakah yang boleh diguna pakai untuk menjalankan operasi e-hailing ini? ianya perlu diterangkan dengan lebih lengkap agar ianya mudah untuk difahami oleh semua pihak.

Datuk Shamsubahrin Ismail menambah, apa yang paling tidak dipersetujui adalah, kementerian pengangkutan memberi tempoh selama setahun terhadap syarikat e-hailing untuk melaksanakan semua yang diminta oleh MOT kerana ianya terlalu lama. ini kerana e-hailing telah berada di Malaysia lebih daripada 2 tahun manakala SPAD pula telah membuat kajian mengenai isu ini juga lebih daripada 2 tahun. tambahan lagi apa yang tidak memuaskan pemandu teksi adalah menteri pengangkutan masih gagal untuk mengawal selia harga yang perlu di tetapkan. sekiranya kementerian pengangkutan memberi syarikat e-hailing harga terbuka berbanding teksi, ianya seperti tidak mempunyai sebarang perbezaan.
isu yang paling besar adalah bagaimana SPAD ingin mengawal sistem e-hailing, sedangkan semua kenderaan itu adalah kenderaan persendirian yang mana tiada bukti untuk mengatakan bahawa kenderaan itu kenderaan e-hailing. pandangan Datuk Shamsubahrin adalah Spad harus mengeluarkan satu kad pemandu yang baru yang mana ianya bukan dalam bentuk digital. apabila keluarnya kad terbabit, SPAD perlulah mengeluarkan 2 jenis stiker. stiker pertama lesen pemandu sebagai e-hailing yang perlu dilekatkan di cermin dan ada no siri yang berbentuk seperti “roadtax” dan satu lagi stiker yang mempunyai no siri sama seperti stiker pertama namun ianya perlu dilekatkan di pintu kereta atau di hadapan kereta yang akan menunjukan bahawa kenderaan itu adalah kenderaan e-hailing. daripada perlaksanaan sistem ini JPJ mudah untuk kenal pasti adakah kenderaan itu sah atau tidak. SPAD perlu belajar untuk tidak membenarkan syarikat-syarikat yang membuat stiker untuk mencetak stiker berkenaan ianya harus dikawal seperti “roadtax” oleh SPAD atau JPJ.
sekiranya pelaksanaan ini dilaksanakan dengan baik, industri teksi tidak akan merundum seperti sebelum ini. cuma untuk menaikan semula taraf industri teksi di negara ini, pemandu seharusnya mengubah sikap termasuk memberikan perkhidmatan yang baik, dan menyediakan kereta yang bersih agar penumpang merasa selesa apabila menaikinya serta tiada lagi penipuan harga.
write: Nurul Natasha Date: 14 Julai 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here