Thursday, September 20, 2018
Home 2018 Tidak perlu tunggu setahun laksana peraturan baharu e-hailing

Tidak perlu tunggu setahun laksana peraturan baharu e-hailing

49
0

SHAH ALAM – Tindakan Kementerian Pengangkutan menetapkan tempoh setahun bagi perlaksanaan penuh perkhidmatan e-hailing boleh mengakibatkan industri teksi gulung tikar.

Pengasas dan Penasihat Big Blue Taxi Sdn. Bhd., Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, tempoh tersebut dianggap lama dan tidak realistik memandangkan e-hailing telah berada di negara ini lebih dari dua tahun.

Katanya, data-data itu seterusnya memudahkan proses pendaftaran dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

“SPAD yang dipertanggungjawab oleh Kementerian Pengangkutan tidak perlu mengambil masa lama kerana organisasi itu telah membuat kajian mengenai isu ini juga lebih dari dua tahun dan mempunyai aplikasi Meter On.

“Adakah SPAD sebenarnya pemalas sejak ditubuhkan sebelum ini atau lebih suka membantu 200,000 pemandu grab berbanding 70,000 pemandu teksi di seluruh negara,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini menetapkan tempoh setahun diberikan bagi melaksanakan semua peraturan baharu perkhidmatan e-hailing.

Antara syarat yang ditetapkan ialah semua pemandu e-hailing perlu mendapatkan lesen kenderaan pengangkutan awam (PSV) membuat pemeriksaan kesihatan, saringan rekod jenayah dan pemeriksaan kenderaan melalui Puspakom.

Shamsubahrin memberitahu, SPAD seharusnya mengeluarkan satu kad pemandu baharu dan dua jenis pelekat iaitu lesen pemandu sebagai e-hailing yang perlu dilekatkan pada cermin seperti cukai jualan dan pelekat yang mempunyai nombor siri sama untuk dilekatkan di pintu.

“Langkah ini memudahkan Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mengenal pasti kenderaan itu sah atau tidak,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan perlu ada sistem kawalan harga dalam memastikan persaingan sihat antara pemandu teksi e-hailing dan grab.

News from kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here