Lokman Noor Adam calon Barisan Nasional untuk PRK Sungai Kandis

Lokman Noor bin Adam dimaklumkan telah dipilih untuk bertanding bagi mewakili Barisan Nsional untuk pilihanraya kecil Dun Sungai Kandis yang sebelum ini disandang oleh Mat Shuhaimi Shafiei dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Beliau mempunyai Master of Management dari Universiti Tun Abdul Razak dan Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam. Lokman mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun atas dorongan ayahnya Hj Adam Hj Ali yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kluang ketika itu. Apabila beliau genap 18 tahun dan layak menyertai UMNO secara rasmi, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Cawangan Taman Kluang.

Beliau kemudian menjadi Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996-1998). Kemudian beliau dipecat dari UMNO tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir dan merupakan seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut.  

Beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor yang pertama Tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan dalam pemilihan pertama parti tersebut. Pernah dilokap sebanyak 8 kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan Dato Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Tun Mahathir.  

Pada tahun 1998 beliau ditahan dibawah ISA selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001-2003 ditahan dibawah ISA selama dua tahun dua bulan. Pada tahun 2004 pula, beliau telah dipecat dari Keadilan kerana telah menegur Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor.

Pada tahun 2006 beliau menyertai Umno dan menang kerusi di Bahagian Shah Alam.

Kemudian beliau menjadi Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan  Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013).

Selepas kemenangannya itu, YB Khairy Jamaluddin telah melantik beliau sebagai Pengerusi Unit Pidato Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Barisan Nasional dari tahun 2009 sehingga 2013. Sepangjang tempoh memimpin unit ini, Lokman telah mengajurkan serta melibatkan diri dalam lebih 800 program berbentuk ceramah umum, Pentas Pemuda, Bicara Rakyat, debat bersama pembangkang, forum, wawancara TV, wawancara radio, kursus jatidiri, kursus pidato, kursus kepimpinan, gerak kerja pilihan raya dan pelbagai program lain. 

Pada Jun 2010, beliau telah dilantik sebagai Panel Pemikir, Jabatan Hal Ehwal Khas. Pada tahun 2016 pula beliau telah dilantik sebagai Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN dan juga Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016-2018). Selain itu beliau juga telah menjawat jawatan 

Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia pada tahun  2016 sehingga 2018. Malah beliau juga turut menjadi Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018 dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here